Senggugut jenis Pertama
** Dalam beberapa tahun pertama selepas akil baliq, pusingan
haid seseorang gadis masih belum teratur lagi. Haid mungkin akan datang
tiga atau empat bulan sekali. Senggugut biasanya mula dirasai 2-3 tahun
kemudian.
Rasa
sakit sewaktu datang haid ini adalah disebabkan olih kuncupan rahim
yang begitu kuat sekali untuk mengeluarkan ketulan darah haid yang
bercampur sedikit tisu daripada selaput endometrium . Darah haid ini
perlu keluar menerusi saluran pangkal rahim yang biasanya masih sempit
dikalangan gadis remaja. Kuncupan rahim yang kuat ini adalah disebabkan
olih sejenis hormon yang digelar dengan nama “Prostaglandin”.
Kesakitan ini berbeza antara seorang wanita dengan yang lain. Ada
yang mungkin rasa sakitnya ringan sementara yang lainnya akan mengalami
sakit yang teruk hingga tergolek-golek. Jangka waktu sakit juga
berbeza, ada yang mengalami sehari, ada pula yang mengalaminya setiap
kali datang haid bergantung kepada keadaan.
Ramai
dikalangan wanita yang risau samada senggugut bolih menyebabkan
kemandulan. Ini tidak benar dan senggugut biasanya akan hilang setelah
gadis berumahtangga dan mendapatkan anak apa anda tidak percaya.
Kehamilan dan kelahiran dapat mengatasi masalah kesempitan pada saluran
rahim yang menjadi punca pada senggugut. Walau demikian sebahagian kecil
dari mereka akan menghadapi masalah ketidaksuburan dan mudah gugur
kandungan jika senggugut itu berterusan selepas kahwin. Mereka ini
mungkin mengidap penyakit ‘endometriosis’
Gadis
gadis yang mengalami senggugut bolih mengambil ubat penawar sakit
seperti Panadol, Aspirin, Ponstan, Synflex dan lain ubat yang sesuai.
Tetapi dalam kes kes yang lebih teruk, doktor akan memberi ubat penawar
sakit yang mengandongi hormon ‘ Norethisterone’.
Senggugut jenis kedua
** ‘congestive dysmenorrhea’ yang biasa dialami oleh
wanita yang sudah berkahwin dan melahirkan anak. Lazimya senggugut yang
dialami itu lebih teruk dan lebih panjang waktunya. Senggugut ini disebabkan olih sesuatu penyakit dalam alat peranakan. Diantara penyakit ini termasuklah ketumbuhan dalam rahim seperti
‘endometriosis’, ‘adenomyosis’, ‘fibroids’ dan jangkitan kuman pada
perkakas peranakan. Wanita yang mengalami masalah ini perlu bertemu
doktor pakar sakit puan.
Kebanyakkan
daripada mereka menghadapi masalah kurang subur, mudah keguguran,
perdarahan yang berlebihan dan berpanjangan atau senggugut yang sangat
teruk. SENGGUGUT yang biasanya menyerang anak-anak gadis. Biasanya
senggugut akan hilang bila seseorang gadis itu telah berkahwin dan
beranak pinak. Dan senggugut tidak akan datang lagi. Namun ada
pengecualiannya di mana terdapat juga kaum wanita yang masih mengalami
penyakit senggugut walaupun sudah beranak pinak dan juga pada wanita
post menopaus; yakni wanita yang sudah melalui zaman menopaus tetapi
darah haid datang semula. Senggugut atau dismenorea (Dysmenorrhoea)
ialah rasa sakit atau tidak selesa ketika datang haid. Senggugut
biasanya bermula sejak seseorang gadis berumur belasan tahun dan
berpunca daripada masalah kesihatan atau penyakit.
Senggugut
dikaitkan dengan pengeluaran berlebihan bahan yang disebut
prostaglandin dari lapisan dalaman rahim (uterus) semasa haid.
Prostaglandin mengakibatkan kontraksi otot rahim dan perubahan pembuluh
darah. Keadaan ini menimbulkan rasa ngilu atau sakit ketika haid.
Ketulan darah haid yang membeku boleh juga menyekat aliran keluar darah
dan meningkatkan tekanan intrauterin sehingga menyebabkan rasa sakit.
Senggugut boleh juga disebabkan oleh penyakit seperti penyakit
keradangan pelvis atau pinggul, endometriosis dan kanser rahim. la
ditandai oleh rasa senak di bahagian bawah abdomen selama beberapa hari
sebelum haid dan kadangkala berlangsung sehingga selesai haid. Penderita
senggugut ada kalanya mengeluh akan masalah kekerapan membuang air
kecil, cirit birit, pening, kembung, rasa sakit di buah dada, kemurungan
dan rasa cepat marah.
Senggugut
yang biasa bukan kerana penyakit lain dalam tubuh akan hilang
setelah anak gadis itu kahwin dan melahirkan anak pertama. Manakala
senggugut akibat penyakit pula memerlukan rawatan khusus bergantung
kepada penyebab penyakit. Di peringkat ini pesakit dinasihat berjumpa
doktor untuk rawatan dan ubat....
HERBA MAHARANI dapat membantu mangatasi senggugut n petua mujarab hilangkan senggugut
Herba Maharani merupakan herba tradisioal cina yang wujud sejak zaman dinasti Ming...Herba Maharani adalah herbaba kesihatan dan kesuburan wanita
Khasiat Yang Ada Pada Herba Maharani
>>Mengatasi masalah senggugut,keputihan dan kekuningan
>>Mengatasi masalah kitaran haid tidak teratur
Meransang hormon seks-keintiman suami isteri
>>Menguatkan otot Rahim dan peranakkn
>>Melancarkan peredaran darah..
>>Melegakan migrain/aingin dalam badan
>>Baik untuk pesakit diabetis
>>Menyesaikan masalah buasir kecil
>>Menambahkan darah selepas bersalin
ingin info lagi tentang HERBA MAHARANI boleh masuk di sini
Azura binti kamis
tel/whatsapp: 0108288145
azurakamis@yahoo.com
Wah.. Perkongsian yang sangat menarik. Tq admin.. Tips Hilangkan senggugut dan masalah period tak teratur
ReplyDelete
ReplyDeleteInfo yang menarik. Sekadar berkongsi, kajian telah menunjukkan bahawa kaum wanita yang mengambil Vitamin A, B6, C, D dan E kurang diserang penyakit senggugut. Selain itu, untuk mengelak berlaku senggugut yang teruk, elakkan pengambilan diet tinggi lemak tak tepu, coklat, teh dan kopi ketika datang haid.