Tuesday 16 July 2013

Tanda-Tanda Rahim Jatuh




Sering kita dengar orang bergurau, ‘perempuan tak elok mengangkat barang berat, nanti jatuh peranakan’. Tanpa mengetahui lebih jelas apa yang dimaksudkan dengan ‘peranakan jatuh’, ayat berkenaan sering berlegar dalam kalangan masyarakat kita.

Rahim jatuh ke bawah dan kadang-kala terkeluar dari saluran faraj. Keadaan ini biasanya disebabkan oleh ligamen dan otot yang biasanya memegang rahim pada kedudukkan asal menjadi lemah akibat dari kehamilan dan kelahiran. Justeru itu rahim seakan-akan melorot ke bawah melalui saluran faraj.

Keadaan ini merangkumi beberapa peringkat, di peringkat awal ia hanya jatuh sedikit daripada kedudukan biasa,

Peringkat kedua di mana pintu rahim jatuh sampai ke permukaan faraj

Peringkat ketiga yang sangat teruk ialah apabila keseluruhan rahim terkeluar daripada saluran dan permukaan faraj (satu keadaan yang biasa digelar ‘tombong’', Diantara kesan-kesan kekenduran faraj dan otot rahim adalah seperti berikut.
Gangguan Perkencingan


Ramai wanita yang mengalami masalah kekenduran rahim atau prolapse akan menghadapi masalah perkencingan seperti kerap kencing, sukar hendak mula kencing tetapi apa yang ketara sekali sukar untuk mengawal kencing khususnya apabila ia batuk, bersin ataupun apa apa perbuatan yang menyebabkan tekanan dalam perut meningkat seperti ketawa berdekah-dekah, semput dan ketika hendak berdiri daripada sujud ketika sembahyang, maka air kencing akan keluar dengan sendiri tanpa boleh dikawal.

Keadaan ini digelar dengan nama Stress Incontincence dan sangat menyusahkan dan mengganggu tugas harian seseorang wanita khususnya dalam menjalankan amal ibadah seperti sembahyang kerana ia mudah batal daripada wudu’nya.Gangguan hubungan kelamin

Oleh sebab berlakunya kelonggaran pada faraj khususnya pada otot yang memegang faraj yang biasa digelar dengan nama Pelvic Floor Muscle, maka kekuatannya untuk mencekang atau mengemut dalam proses hubungan seksual mungkin terganggu sedikit.

Ini boleh mengurangkan kepuasan dan kenikmatan seks khususnya pada pihak suami. Ramai wanita serta suami mengadu tentang kekurangan nikmat atau kepuasan seks selepas kelahiran bayi dan perkara ini memang berpunca daripada berbagai faktor tetapi diantaranya ialah kekenduran atau kelemahan otot disekeliling faraj.

Jenis kebocoran kencing:

1. Kebocoran kencing tekanan
2. Kebocoran kencing gesa
3. Kebocoran campuran
4. Kebocoran limpahan
5. Kebocoran kencing upaya

Faktor risiko:

1. Proses kehamilan
2. Kelahiran biasa, terutama penggunaan alat bantuan seperti forsep atau vacum
3. Kongenital/baka
4. Obesiti
5. Merokok
5. Pembedahan histerektomi (buang rahim)
6. Menopaus
7. Lanjut usia


OBESITI juga merupakan salah satu fungsi peranakan jatuh

Menurutnya, kebocoran kencing berpunca daripada lantai pelvik yang lemah dan tidak berupaya menutup uretra (leher pundi kencing) ketika batuk, bersin atau aktiviti lain yang mengakibatkan peningkatan tekanan di rongga pelvik. Kebocoran kencing juga boleh berlaku ketika mengadakan hubungan kelamin, aktiviti riadah atau solat.

Rawatan konservatif berkesan untuk kes yang ringan dengan senaman lantai pelvik. Bagi kes serius, rawatan pembedahan diperlukan. Tiada ubatan berkesan untuk rawatan kebocoran ini.

“Pundi kencing terlebih aktif ialah masalah penyimpanan air kencing dengan gejala utama iaitu desakan ingin membuang air kecil secara tiba-tiba ketika individu itu belum betul-betul bersedia.

“Gejala lain termasuk kerap buang air kecil, biasanya lebih lebih lapan kali sehari dalam masa 24 jam dan bangun malam untuk buang air kecil.

“Ia juga mungkin menyebabkan kebocoran kencing gesa iaitu pesakit tidak sempat sampai ke tandas yang berpunca daripada otot detrusor pundi kencing terlebih aktif,” katanya.

Masalah ini dirawat dengan pengambilan ubatan, mengubah suai cara hidup dan fisioterapi. Jarang sekali pembedahan diperlukan dalam kes ini.

Ada juga wanita yang mengalami kedua-dua masalah (kebocoran kencing tekanan dan gesa) dan biasanya kes ini akan dirawat menggunakan ubatan dan fisioterapi. Pembedahan akan dijalankan jika rawatan ubatan dan fisioterapi gagal.

Ketidakselesaan dan sakit pinggang
 
 Gangguan lain yang boleh timbul akibat daripada prolapse rahim ialah rasa tidak selesa kerana sesuatu benda iaitu rahim terkeluar daripada farajnya. Ini berlaku ketika ia berdiri atau banyak berjalan. Oleh sebab rahim jatuh ia menarik otot dan sering-kali urat di bahagian pinggang juga agak tertarik menyebabkan ramai di antara mereka yang mengadu sakit pinggang.
Gangguan Kesihatan
 
 
Dalam kes prolapse yang teruk atau peringkat ketiga di mana keseluruhan rahim terkeluar, seringkali pintu rahim tergesel pada seluar dalam menyebabkan luka atau erosion.

Luka ini seringkali dijangkiti kuman menyebabkan keputihan atau pengeluaran lendir yang banyak. Dalam jangka panjang ada juga kes di mana berlaku ketumbuhan akibat daripada pergeresan yang berpanjangan. Malah ada setengah kanser pangkal rahim timbul daripadanya
.

Salah satu cara untuk merawati masalah rahim @ peranakan jatuh ini ialah dengan mengunakan Premium Beautiful secara konsisten. Iaitu 8 jam atau lebih pada setiap hari. Long Girdle yang akan bertindak untuk menyokong rahim yang jatuh itu. Selain daripada itu juga, kita boleh menggunakan kaedah tradisional seperti berurut untuk menaikkan peranakan.

Ramai yang masih beranggap, masalah ni bukan masalah besar untuk sesetengah daripada kita, tapi jika ia berlarutan, ia akan menjejaskan sistem peranakan kita.

Sesiapa yang mempunyai masalah ini cepat-cepatla dapatkan rawatan segera. Salah satu cara yang paling mudah untuk merawat dan menyihatkan ialah daripada long girdle Premium Beautiful. 


azura
call :0136789013/whatsapp : 0108288145
azurakamis@yahoo.com
 

3 comments:

  1. Masalah rahim jatuh jugak buatkan haid x dtg betul x? Sy hampir 5 bulan x dtg haid... Umur baru 23 thun.. Mcm mana ek? Berapa harga girdle ni?

    ReplyDelete
  2. Hai...maaf pada semua yg ade call @ ms no 0136789013..no ni salah...no sebenarnye 0136789014....harap lepas ni jgn hubungi no 0136789013 ye.......maaf lagi sekali

    ReplyDelete